Pages

Sunday, 30 October 2011

Ukhuwah

Ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat daripada seorang akhawat yang saya sangat kagum dengan kebolehan dan semangatnya.

Dia pernah kata lebih kurang macam ni lah ayatnya, "Kebanyakan orang selalu menyatakan 'dunia dan akhirat perlulah seimbang.' Penyataan ini adalah tidak tepat sama sekali. Sepatutnya kita perlu melebihkan akhirat berbanding dunia."

**

Kita sebagai manusia yang telah diciptakan oleh Allah sepatutnya bersyukur (dalam erti bersyukur yang sebenarnya) dengan pinjaman yang telah diberikan-Nya. Jadi, kita perlulah atau WAJIB untuk menjaga hubungan kita dengan-Nya (hablu minallah).

Dan pada masa yang sama, manusia juga perlu menjaga hubungan sesama manusia (hablu minannaas) kerana setiap unsur yang Allah jadikan di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain (kalau tak percaya, cuba tahan diri daripada makan dan minum untuk sebulan). Maka, jalinan persaudaraan atau ukhuwah sesama manusia perlulah cantek.

**

Ukhuwah ini umpama susunan batu bata. Tapi jangan jadi tembok sahaja, jadilah sebuah bangunan supaya boleh menaungi manusia yang lain.

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya."
(Muttafaq 'alaih)

Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan[771], dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.
[771]. Yaitu mengadakan hubungan silaturahim dan tali persaudaraan.
(ar-Ra'd, 13:21)

**

Jadi, apa kita patut buat??

Pertama, kita perlu saling memberi dan menerima. GIVE & TAKE.

Kedua, kita perlu bersihkan hati dan jauhi sangka buruk. Sebaliknya selalu berSANGKA BAIK dengan sahabat kita. Tambahkan perisa kasih sayang dalam hubungan kita dengan sahabat-sahabat yang lain.

Ketiga, ukhuwah tidak semestinya terjalin dengan orang yang kita kenali sahaja. Ukhuwah boleh terjadi dengan SESIAPA SAHAJA yang mungkin baru kita temui dan kenali.

Keempat, sentiasa 'CASKAN' ukhuwah kita. Contohnya ziarah menziarahi.

Kelima, perkara yang mungkin kita selalu terlepas pandang, iaitu memberi HADIAH dengan sahabat kita. Dan sahabat pun kenalah pandai berterima kasih.


**

Ukhuwah ini hanya boleh dibina dengan iman. Iman ini hanya boleh di'topup'kan dengan membasahkan lidah dengan zikir, qiyamullail, menghadiri majlis-majlis ilmu dalam 'keluarga' kecil, menghadiri seminar-seminar dan sebagainya.

Pesanan dari penaja, kejarlah akhirat, insyaAllah dunia akan kita peroleh. Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment