Alahmdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami bersahabat telah selamat mengadakan satu jaulah, yang insyaallah akan mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah kami, dari Miri ke Bekenu, kemudian ke Gua Niah.
**
22/10/2011
Kami mula bertolak dari Miri (rumah sewa) kira-kira pukul 8.00 pagi (dalam perancangan adalah pukul 7.00 pagi). Kami sedikit terlewat atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah, dengan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1/2 jam, akhirnya kami sampai ke destinasi pertama yang dituju iaitu Pantai Peliau, Bekenu (baru pertama kali pergi ke pantai ni walaupun dah lebih lima tahun duduk di Miri). Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Pantainya yang bersih ditambah pula dengan pukulan ombak-ombak kecil yang sungguh mendamaikan. Cuaca yang cerah dengan langit kebiru-biruan menambahkan lagi keindahan suasana pada masa tersebut.
**
Teringat kepada firman Allah SWT,
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan."
(ar-Rahman, 55:18)
Banyak kali ayat ini diulang dalam surah tersebut. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini yang sering leka dengan nikmat pemberian-Mu, tidak bersyukur dengan nikmat-Mu dan sering menggunakan nikmat-Mu ke jalan yang tidak benar. Amin.....
**
'Acara' kami diteruskan dengan pengisian yang agak lain dari yang lain. Ya, agak lain dari yang lain. Luahan hati masing-masing tentang pengalaman dalam tarbiyah dan dakwah. Bila diingatkan semula luahan hari tu, diri hamba yang hina dan dina ini tersangatlah teruk sebelum berada dalam tarbiyah dan dakwah ini. Saya hanya menerima ta'lim, buta tarbiyah apa lagi dakwah. Syukur kepada Allah kerana mencampakkan diri ini di Miri, dipertemukan lagi dengan insan-insan yang berada dalam tarbiyah dan dakwah yang tidak jemu-jemu mengajar dan mendidik saya dalam jalan tarbiyah dan dakwah ini (walaupun mengeluh ketika menerima tawaran untuk sambung belajar di Miri dahulu).
Bersama dengan mereka sepanjang saya berada di Miri banyak mendidik saya dalam pelbagai perkara. Dulu, saya ni seorang yang emosional, mudah marah dan kurang penyabar. Alhamdulillah, adanya tarbiyah yang saya peroleh, biizdnillah sedikit demi sedikit saya mampu untuk untuk mengawal emosi saya (tidaklah 100%, saya pun manusia biasa, banyak kelemahan). Tu antara perkara yang dapat saya rasakan. Banyak lagi perkara lain yang saya peroleh dalam tarbiyah dan dakwah ini yang melibatkan hati saya dengan 'kekasih saya Yang Esa', ukhuwah sesama manusia, ilmu-ilmu pengetahuan, dan lain-lain. Alhamdulillah.
**
OK, dah habis yang tu, 'acara' kami diteruskan dengan pengisian dalaman (makan-makan).... he he, sesi fotografi dengan macam-macam pose....Alhamdullillah, 'acara' kami tamat kira-kira pukul 12.30 tengah hari (panas jugaklah tambah pula di tepi pantai kan). Dan terus bertolak ke destinasi yang seterusnya......jeng jeng jeng......
**
Rumah Ukhti Roziana....
Sesampai di sana, sekali lagi dapat berjumpa dengan keluaga Ukhti Rozi. Sejak sekian lama tidak berjumpa, saya rasa sedikit kelainan apabila bertemu dengan keluarga ni...saya rasa semakin mesra dengan mereka.....masa tu, saya terfikir semula. Ini kah antara hasil tarbiyah yang saya lalui selama ini? Hasil yang diperoleh apabila kami selalu mengadakan program dengan masyarakat dan cuba untuk berkomunikasi dengan mereka sebaik mungkin untuk ukhuwah lillahi ta'ala walaupun baru pertama kali berjumpa? Hati dan akal saya mengatakan YA, insyaallah.
**
Petang-petang tu....buat kerja masing-masing.
**
Malamnya pula, kami buat BBQ, bertukar hadiah sesama akhawat....alhamdulillah, Allah campakkan kebahagiaan kepada kami sepanjang majlis diadakan....Ya Allah, Engkau taut dan satukanlah hati-hati ini dengan iman yang sebenar-benarnya agar kami terus thabat di jalan-Mu...ameen
# Insyaallah to be continue ^_^
'abid dapat adiah pashmina tuuu... maria elena yuhuhuhu~
ReplyDeleteorg tu dpt cuklaaat ^_^
ReplyDeleteada lg kak 'abid.. mini teddy bear hehe
ReplyDeleteye ke? bertuahnya badan
ReplyDelete