Pages

Thursday 10 November 2011

Pesanan Murabbiah #1

06/11/2011
Semoga kita sama-sama menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail, Sarah dan Hajar dalam menghayati semangat perjuangan dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. Salam aidil adha.

Pesanan Murabbi #3

05/11/2011
Salam aidil adha. Moga kita renung pengorbanan Ibrahim, Ismail, Sarah dan Hajar sebagai momentum histori menjana semangat perjuangan menyala dalam kerja dakwah tarbiah yang unggul. Ikhlas, redha, yakin, usaha, bijak, sabar dan syukur serah diri sepenuhnya kepada Allah total antara intipati perjuangan mereka itu yang patut menjadi ikutan kita. Selamat aidil adha pemangkin perubahan kita. Minta maaf dan terima kasih banyak. Jzkk.

Pesanan Murabbi #2

29/10/2011
Moga kita ikhlas sampaikan kebenaran dengan cara terbaik. Kiranya belum dapat diterima, sabar dan syukur, perbanyak doa, terus usaha dakwah tarbiah dengan gigih sistematik mengikut model Rasul s.a.w. Perbaiki dirimu seru orang lain. Percayalah orang kejar akhirat dapat dunia akhirat. Jadi orang pemaaf dan baik sangka. Jaga hati, iman, auratmu. Cintailah Allah, itulah cinta sejati.

Pesanan Murabbi #1

12/10/2011
Perbanyak doa munajat dalam dirikan tahajud dan witir tiap malam dengan sungguh-sungguh, moga Allah tunaikan segala harapan impian kita terbaik dunia akhirat. Komunikasi dengan Allah dalam tangisan dan banyak zikir.

Tuesday 1 November 2011

Blackout

Teringat waktu sekolah menengah dulu. Bila blackout, gamatlah bunyi sekolah tu. Ada yang mengeluh, ada yang kool, ada yang gembira. Ada juga 'golongan' yang suka ambil kesempatan waktu ni nak buat benda-benda yang pelik; cubit kawan sebelah lepas tu diam dan buat-buat tak tahu, buang angin kus-kus, dan yang paling biasa ialah buat bising beramai-ramai.

**

Pernah sekali blackout berlaku agak lama. Masa tu baru je masuk kelas malam (prep). Tunggu punya tunggu (agak lama jugaklah), warden dah tak sanggup lagi nak biarkan kami tersadai dalam kegelapan malam yang pekat, tambah pula dengan cuaca yang agak panas. So, warden tu pun memberi kelonggaran kepada kami untuk pulang ke asrama masing-masing dengan syarat bergerak dalam kumpulan secara beramai-ramai.

Masa bergerak ke asrama tu, ada seorang kawan ni terjerit kecil sebab seliparnya terpijak oleh kawan di belakangnya. Orang lain ingat dia ni kena sampuk dengan benda-benda halus. Apa lagi, semuanya lari bertempiaran.

Pagi esoknya, barulah orang tahu kisah sebenar yang berlaku. Ha ha ha. Padan muka, lari taqlid orang tanpa tahu pun sebab musabab yang sebenar. Yang menariknya, masa lalu kawasan kejadian, adalah beberapa khazanah yang tertinggal. Antara khazanah yang saya masih ingat ialah selipar jepun yang dah putus.

**

Dari kisah di atas, terdapat beberapa 'ibrah (pengajaran) yang kita boleh ambil. Antaranya ialah pentingnya cahaya. Maka, kita perlu bersyukur sebab Allah memberikan cahaya kepada kita untuk keperluan melakukan pelbagai kerja dan perkara. Cahaya utama yang kita peroleh adalah daripada matahari ciptaan Allah. Tak cukup dengan itu, Allah bagi lagi ilham kepada manusia untuk menghasilkan cahaya menggunakan sumber daripada kekayaan di atas dan di dalam bumi. Allah telah menerangkan satu perumpamaan tentang cahaya dalam al-Quran:

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[1039], yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

[1039]. Yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lobang di dinding rumah yang tidak tembus sampai kesebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain.

[1040]. Maksudnya: pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.

(an-Nur, 24:35)

Pemandangan waktu senja di Luak Bay Esplanade, Miri

Bayangkan jika kita hanya hidup dalam kegelapan sahaja sepanjang hidup kita. Tumbuhan juga tidak dapat menjalankan proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk manusia. Namun, Allah Maha Mengetahui segala keperluan makhluk-Nya. Dijadikan-Nya malam untuk makhluk-Nya berehat dan untuk manusia ber'dating' kepada-Nya bagi memenuhi keperluan ruhi.

Firman Allah:

Dan di antara tanda-tanda-Nya (yang membuktikan kemurahan-Nya dan kasih sayang Allah) ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan siang dan usaha kamu mencari rezeki daripada limpah kurnia-Nya. Keadaan yang demikian itu mengandungi pelbagai petanda keterangan bagi orang yang mahu mendengar (kata atau nasihat pengajaran).
(ar-Rum, 30:23)

Allahu a'lam ^_^

Monday 31 October 2011

Jaulah Bekenu - Gua Niah#2

23/10/2011

"Kalau kita dah menyeberangi sungai ni, kita akan terus sampai Gua Niah ke?
Jauh ke jalan kaki untuk sampai ke Gua Niah?
Bila lagi nak sampai Gua Niah ni?"

Ini antara bait-bait yang keluar dari mulut saya ketika nak pergi ke Gua Niah. Destinasi utama semasa jaulah yang ingin dilawati adalah Gua Niah.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Gua Niah, sila tanya Mr. Google

Perjalanan kami (kumpulan akhawat) dari Muzium Gua Niah (yang terletak di tepi sungai) ke Gua Niah memakan masa lebih kurang satu jam. Lenguh tu memang tidak terkata. Dalam Gua Niah, kami hanya sempat mengunjungi beberapa tempat menarik. Itu pun dah memakan masa lebih kurang satu jam! Keseluruhannya, perjalanan pergi dan balik kami memakan masa lebih kurang tiga jam. Alhamdulillah, salah satu tempat menarik ciptaan Allah berjaya dikunjungi.

**

Cuba anda fikirkan semula. Kita pergi ke Gua Niah semata-mata nak tengok kecantikannya (kata orang, internet, buku, majalah) walaupun terpaksa berjalan jauh, lepas tu kaki pula sakit-sakit dan lenguh. Apa faedahnya kan? Baik duduk kat rumah tonton drama romantik korea atau tonton rancangan karton. Tapi kita nak juga pergi walaupun belum pernah tengok.

**

Macam mana pula dengan destinasi utama kita, SYURGA. Kita semua tak pernah tengok kan? Tapi Allah telah mengkhabarkan banyak kali tentang keindahan dan kecantikan syurga-Nya kepada kita melalui kitab al-Quran.

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
(ar-Ra'd, 13:35)

Kalau nak masuk masuk Gua Niah kena beli tiket dengan harga RM 5 lepas tu bayar pula tambang perahu RM 2, then kena jalan jauh pula. Nak masuk syurga Allah pun kena ada tiket juga. Apa tiketnya?

Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
(Ali 'Imran, 3:32)

Kita cuma hamba kepada Allah, semestinya seorang hamba kena taat kepada tuannya bukan? Jadi, kenalah buat semua yang Dia suruh, tinggalkan apa yang Dia larang, dan semestinya kena percaya dengan penuh keimanan kepada-Nya. Pada masa yang sama, kita kena taat kepada Rasul-Nya. "Aku dah ikut Sunnah Nabi. Aku solat sepertimana Rasulullah solat, aku makan guna tangan kanan, tidur cara Rasulullah dan banyak lagi perkara yang aku lakukan mengikut cara dan stail Rasulullah."

Alhamdulillah, kita dah ikut Sunnah Rasulullah dari sudut tersebut. Mana kita nak letakkan Sunnah tentang tarbiyah dan dakwah gaya Rasulullah ya. Rasulullah sendiri menerima tarbiyah daripada Allah seterusnya menjadi seorang dai'e mengikut cara yang dianjurkan oleh Allah. Mus'ab bin Umair pula mendapat tarbiyah daripada Rasulullah s.a.w. kemudian dihantar ke Madinah untuk menyebarkan dakwah. Kita? Tepuk dada, tanya iman!

**

Namun, jalan tarbiyah dan dakwah ini bukan suatu yang mudah. Sama seperti kita nak dapatkan duit untuk dapatkan tiket masuk ke Gua Niah, kena ada usaha untuk dapatkannya. Memetik kata-kata......

"Jalan ini tidak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi jalan ini ditaburi dengan duri-duri yang terpacak.."
(Sayyed Qutb)

**

Pesanan ini utamanya adalah untuk diri saya sendiri yang hina dina. InsyaAllah kita boleh kongsi bersama ^_^. Allahu a'lam

Sunday 30 October 2011

Ukhuwah

Ini adalah sedikit perkongsian yang saya dapat daripada seorang akhawat yang saya sangat kagum dengan kebolehan dan semangatnya.

Dia pernah kata lebih kurang macam ni lah ayatnya, "Kebanyakan orang selalu menyatakan 'dunia dan akhirat perlulah seimbang.' Penyataan ini adalah tidak tepat sama sekali. Sepatutnya kita perlu melebihkan akhirat berbanding dunia."

**

Kita sebagai manusia yang telah diciptakan oleh Allah sepatutnya bersyukur (dalam erti bersyukur yang sebenarnya) dengan pinjaman yang telah diberikan-Nya. Jadi, kita perlulah atau WAJIB untuk menjaga hubungan kita dengan-Nya (hablu minallah).

Dan pada masa yang sama, manusia juga perlu menjaga hubungan sesama manusia (hablu minannaas) kerana setiap unsur yang Allah jadikan di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain (kalau tak percaya, cuba tahan diri daripada makan dan minum untuk sebulan). Maka, jalinan persaudaraan atau ukhuwah sesama manusia perlulah cantek.

**

Ukhuwah ini umpama susunan batu bata. Tapi jangan jadi tembok sahaja, jadilah sebuah bangunan supaya boleh menaungi manusia yang lain.

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya."
(Muttafaq 'alaih)

Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan[771], dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.
[771]. Yaitu mengadakan hubungan silaturahim dan tali persaudaraan.
(ar-Ra'd, 13:21)

**

Jadi, apa kita patut buat??

Pertama, kita perlu saling memberi dan menerima. GIVE & TAKE.

Kedua, kita perlu bersihkan hati dan jauhi sangka buruk. Sebaliknya selalu berSANGKA BAIK dengan sahabat kita. Tambahkan perisa kasih sayang dalam hubungan kita dengan sahabat-sahabat yang lain.

Ketiga, ukhuwah tidak semestinya terjalin dengan orang yang kita kenali sahaja. Ukhuwah boleh terjadi dengan SESIAPA SAHAJA yang mungkin baru kita temui dan kenali.

Keempat, sentiasa 'CASKAN' ukhuwah kita. Contohnya ziarah menziarahi.

Kelima, perkara yang mungkin kita selalu terlepas pandang, iaitu memberi HADIAH dengan sahabat kita. Dan sahabat pun kenalah pandai berterima kasih.


**

Ukhuwah ini hanya boleh dibina dengan iman. Iman ini hanya boleh di'topup'kan dengan membasahkan lidah dengan zikir, qiyamullail, menghadiri majlis-majlis ilmu dalam 'keluarga' kecil, menghadiri seminar-seminar dan sebagainya.

Pesanan dari penaja, kejarlah akhirat, insyaAllah dunia akan kita peroleh. Allahu a'lam.