**
Pernah sekali blackout berlaku agak lama. Masa tu baru je masuk kelas malam (prep). Tunggu punya tunggu (agak lama jugaklah), warden dah tak sanggup lagi nak biarkan kami tersadai dalam kegelapan malam yang pekat, tambah pula dengan cuaca yang agak panas. So, warden tu pun memberi kelonggaran kepada kami untuk pulang ke asrama masing-masing dengan syarat bergerak dalam kumpulan secara beramai-ramai.
Masa bergerak ke asrama tu, ada seorang kawan ni terjerit kecil sebab seliparnya terpijak oleh kawan di belakangnya. Orang lain ingat dia ni kena sampuk dengan benda-benda halus. Apa lagi, semuanya lari bertempiaran.
Pagi esoknya, barulah orang tahu kisah sebenar yang berlaku. Ha ha ha. Padan muka, lari taqlid orang tanpa tahu pun sebab musabab yang sebenar. Yang menariknya, masa lalu kawasan kejadian, adalah beberapa khazanah yang tertinggal. Antara khazanah yang saya masih ingat ialah selipar jepun yang dah putus.
Dari kisah di atas, terdapat beberapa 'ibrah (pengajaran) yang kita boleh ambil. Antaranya ialah pentingnya cahaya. Maka, kita perlu bersyukur sebab Allah memberikan cahaya kepada kita untuk keperluan melakukan pelbagai kerja dan perkara. Cahaya utama yang kita peroleh adalah daripada matahari ciptaan Allah. Tak cukup dengan itu, Allah bagi lagi ilham kepada manusia untuk menghasilkan cahaya menggunakan sumber daripada kekayaan di atas dan di dalam bumi. Allah telah menerangkan satu perumpamaan tentang cahaya dalam al-Quran:Pagi esoknya, barulah orang tahu kisah sebenar yang berlaku. Ha ha ha. Padan muka, lari taqlid orang tanpa tahu pun sebab musabab yang sebenar. Yang menariknya, masa lalu kawasan kejadian, adalah beberapa khazanah yang tertinggal. Antara khazanah yang saya masih ingat ialah selipar jepun yang dah putus.
**
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[1039], yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[1039]. Yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lobang di dinding rumah yang tidak tembus sampai kesebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain.
[1040]. Maksudnya: pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.
(an-Nur, 24:35)
Bayangkan jika kita hanya hidup dalam kegelapan sahaja sepanjang hidup kita. Tumbuhan juga tidak dapat menjalankan proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk manusia. Namun, Allah Maha Mengetahui segala keperluan makhluk-Nya. Dijadikan-Nya malam untuk makhluk-Nya berehat dan untuk manusia ber'dating' kepada-Nya bagi memenuhi keperluan ruhi.
Firman Allah:
Dan di antara tanda-tanda-Nya (yang membuktikan kemurahan-Nya dan kasih sayang Allah) ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan siang dan usaha kamu mencari rezeki daripada limpah kurnia-Nya. Keadaan yang demikian itu mengandungi pelbagai petanda keterangan bagi orang yang mahu mendengar (kata atau nasihat pengajaran).
(ar-Rum, 30:23)
Allahu a'lam ^_^
saya ingatkan kakak mo crita pasal blekout kat RM td.. haha.. lucu juga crita zaman skola dlu ya.. makasi utk entry ni, mmberi pringatan yg byk kpd sy..
ReplyDelete