23/10/2011
"Kalau kita dah menyeberangi sungai ni, kita akan terus sampai Gua Niah ke?
Jauh ke jalan kaki untuk sampai ke Gua Niah?
Bila lagi nak sampai Gua Niah ni?"
Ini antara bait-bait yang keluar dari mulut saya ketika nak pergi ke Gua Niah. Destinasi utama semasa jaulah yang ingin dilawati adalah Gua Niah.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Gua Niah, sila tanya Mr. GooglePerjalanan kami (kumpulan akhawat) dari Muzium Gua Niah (yang terletak di tepi sungai) ke Gua Niah memakan masa lebih kurang satu jam. Lenguh tu memang tidak terkata. Dalam Gua Niah, kami hanya sempat mengunjungi beberapa tempat menarik. Itu pun dah memakan masa lebih kurang satu jam! Keseluruhannya, perjalanan pergi dan balik kami memakan masa lebih kurang tiga jam. Alhamdulillah, salah satu tempat menarik ciptaan Allah berjaya dikunjungi.
**
Cuba anda fikirkan semula. Kita pergi ke Gua Niah semata-mata nak tengok kecantikannya (kata orang, internet, buku, majalah) walaupun terpaksa berjalan jauh, lepas tu kaki pula sakit-sakit dan lenguh. Apa faedahnya kan? Baik duduk kat rumah tonton drama romantik korea atau tonton rancangan karton. Tapi kita nak juga pergi walaupun belum pernah tengok.
**
Macam mana pula dengan destinasi utama kita, SYURGA. Kita semua tak pernah tengok kan? Tapi Allah telah mengkhabarkan banyak kali tentang keindahan dan kecantikan syurga-Nya kepada kita melalui kitab al-Quran.
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.
(ar-Ra'd, 13:35)
Kalau nak masuk masuk Gua Niah kena beli tiket dengan harga RM 5 lepas tu bayar pula tambang perahu RM 2, then kena jalan jauh pula. Nak masuk syurga Allah pun kena ada tiket juga. Apa tiketnya?
Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
(Ali 'Imran, 3:32)
Kita cuma hamba kepada Allah, semestinya seorang hamba kena taat kepada tuannya bukan? Jadi, kenalah buat semua yang Dia suruh, tinggalkan apa yang Dia larang, dan semestinya kena percaya dengan penuh keimanan kepada-Nya. Pada masa yang sama, kita kena taat kepada Rasul-Nya. "
Aku dah ikut Sunnah Nabi. Aku solat sepertimana Rasulullah solat, aku makan guna tangan kanan, tidur cara Rasulullah dan banyak lagi perkara yang aku lakukan mengikut cara dan stail Rasulullah."
Alhamdulillah, kita dah ikut Sunnah Rasulullah dari sudut tersebut. Mana kita nak letakkan Sunnah tentang tarbiyah dan dakwah gaya Rasulullah ya. Rasulullah sendiri menerima tarbiyah daripada Allah seterusnya menjadi seorang dai'e mengikut cara yang dianjurkan oleh Allah. Mus'ab bin Umair pula mendapat tarbiyah daripada Rasulullah s.a.w. kemudian dihantar ke Madinah untuk menyebarkan dakwah. Kita? Tepuk dada, tanya iman!
**
Namun, jalan tarbiyah dan dakwah ini bukan suatu yang mudah. Sama seperti kita nak dapatkan duit untuk dapatkan tiket masuk ke Gua Niah, kena ada usaha untuk dapatkannya. Memetik kata-kata......
"Jalan ini tidak dibentangi dengan permaidani merah, juga tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi jalan ini ditaburi dengan duri-duri yang terpacak.."
(Sayyed Qutb)
**
Pesanan ini utamanya adalah untuk diri saya sendiri yang hina dina. InsyaAllah kita boleh kongsi bersama ^_^. Allahu a'lam